Sunday, November 21, 2010

Jamuan Hari Raya AidilAdha 2010

Selamat hari raya aji ke5~

Seperti tahun2 lepas,InsyaAllah thun ni SMAT akan mengadakan jamuan raya aidiladha.detail adalah sprti kt bawah:

  • 23/11/2010[selasa]
  • Kaikang.....(pakai baju raya)
  • 12tghri-6ptg
  • Menu:nasi lemak+ayam berempah+rendang daging free+nasi impit+roti jala+chai
  • pingggan,gelas etc bwak sendiri
menu boleh ditambah oleh orang persendirian spt kek,puding,kuih muih ke..sila la bwak sapa yg rajin buat=)

sesiapa yg ada idea untuk mmbuat aktvt time jamuan tu boleh la cakap kt saudara akhyar.

kaikang bleh guna pkul 12.jadi kul 1130 kumpul kt surau dan terus angkat2 barang ke kaikan.jemaah zohor kt kaikang kot.

aktiviti masak memasak akan dilakukan esok(isnin) bermula jam 730mlm di surau.semua warga toyama dialu2kan untuk memeriahkan aktiviti memasak esok-->tolong masak jugak yer bukan takat memeriahkan suasana saja.

ni senarai nama yg trpilih untuk jd tantou masakan esok mlm.

  • nasi lemak-kuwe
  • nasi impit-izuan..tnya resepi kt zamet
  • ayam berempah-aril,iku
  • rendang-muni
  • kari roti jala-akmal
  • roti jala-aji
  • sambal-famer
  • chai-acap..tanya resepi kt akuya
  • AJK beli barang:iku dan kuwe..

esok senpai2 akan tlong ajar bg sesiapa yg tak tahu cara masak ke bajet ke..tp kalau ada yg rajin nk usha2 resepi yg bes2 or nk try masak kt rumah dulu ka sgt dialu2kan..sebarang masalah bleh tny diha...

sekian,harap maklum..

Thursday, November 11, 2010

CIC

berikut detail pasal tugasan untuk CIC mggu ni.
nama2 yg tersenarai plis take note.junbi la pa2 yg patut.(tgok resepi esp)

MENU
1.roti jala-Aji kohai dan yus
2.roti john-izuan dan aji senpai
3.cekodok-acap comel dan oni
4.bengkang laa-famer dan muni
5.dadih-akmal
6.sirap limau-apek

AJK2 khas
1.ajk beli brang-kuwe dan iku..(esok ptg beli barang)
2.keceriaan-nuzul..(buat tanda hrga dan nama makanan.esok mlm bwk p surau)
3.kebersihan-miya dan akuya


acara masak memasak akan stat esok malam pkul 720@selepas jemaah isyak kt surau.kohai suma wajib datang..senpai2 pn dtang la jgak untuk tlong2.

JADUAL TUGAS

SABTU
PAGI (10-2ptg)
Izuan
acap
aji kohai
yus
oni
miya
apek
afiq
famer
muni
diha

PETANG (2-5 ptg)
akuya
azhar
sakas
adnin
nuar
petong
shu
zarina
akmal

AHAD
PAGI(10-1)
aril
iku
kuwe
aji 2nen
zamir
tawe
nuzul
nadia
muni
akmal


PETANG (1-5ptg)
paktam
pojan
shah
pesot
kamal
radin
hakim
capek
poknik
hanim
famer

#untuk shift pagi korg kena grak dalam pkul 9.make sure b4 pkul 10 dah ready kt sana
#shift petang pulak chantou kemas barang esp hri last.jgan ada brang trtinggal or trbawak balik mcm las yer..
#setiap shift kena ada sorg tukang jaga duit.chantou catat ada org hutang ke or smat yg hutang.
#memandangkan dlm 1 shift tu ada rmai org so pandai2 la bhagi keja.jgn ramai sgt dlm booth tu dlm 1 masa.


Monday, November 8, 2010

国際交流フェスティバル2010 CIC (13hb~14hb)

Salam perjalanan festival CIC adalah seperti berikut;

13 hb 11 ,2010


9:30 am~13:00pm
  • -brgerak ke bangnan cic ikut pintu belakang ke tgkat 5
  • -pastikan fry pan 2,nabe 1 diambil tingkat 3
  • -pastikan pendaftaran SMAT diurusetia cic di tgkat 3
  • -Tuntut 食券 drpd urusetia cic di tingkat 3

13:00pm~17:00pm
-Jualan di gerai berlangsung

17:00pm
-bersurai

**gerak kol 9.30am sbb perlu pasang gerai n wat persediaan gerai untuk jualan.majlis start kol 13:00pm smpai kol 17:00ptg

14 hb 11,2010

9:00am~10:00am
-bergerak ke tempat cic dan persediaan gerai jualan

10:00am~16:00pm
-jualan seperti biasa sambil berhibur ,gelak ketawa,dan tggu pelanggan

PERSEMBAHAN KOHAI
-start pukul 2:00 petang tepat.take note.

16:00pm
-bersurai~

Harap semua berjalan lancar dan mndpt kerjasama semua pihak.list name2 yg bertugas pada hari berkenaan akan dipost kemudian.Sekian,

Sunday, November 7, 2010

IPIJ Champion League



بسم الله الرحمن الرحيم

>>buat kali ke-3 berturut2 toyama telah dijemput untuk menyertai IPIJ Champion League

>>surat jemputan adalah seperti yg tertulis:


Jemputan Ke Kejohoanan Bola Sepak IPIJ CHAMPIONS LEAGUE (ICL) 2010 ( anjuran IPIJ )

Merujuk kepada perkara di atas, kami selaku penganjur kejohanan bola sepak IPIJ CHAMPIONS LEAGUE (ICL) 2010 dengan segala hormat menjemput wakil pasukan bola sepak anda ke Nagaoka Kousen pada 13 November 2010 bersamaan dengan hari Sabtu bagi tujuan di atas. Pihak penganjur mengucapkan tahniah kerana telah berjaya layak ke kejohanan berprestij ini.

2. Bersama surat undangan ini juga saya lampirkan maklumat dan syarat kejohanan tersebut dan juga borang penyertaan. Sekiranya pasukan saudara berminat untuk menghadiri kejohanan ini, sila hantarkan borang penyertaan yang telah lengkap diisi kepada saya sebelum atau pada 3 November 2010. (Pada helaian terakhir)

3. Bagi pasukan yang jauh yang memerlukan tempat penginapan, adalah dimaklumkan penginapan khusus tidak disediakan tetapi atas kerjasama pelajar di sini penginapan boleh diuruskan.

4. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila hubungi pihak kami di talian
Muhammad Idris : 080-3323-0429 (Softbank) / sheffwed_yeh86@yahoo.co.uk
Mohd Uzair : 090-2972-8930 (Softbank) / zairu_master88@yahoo.com
Naim : 080-3140-9267 (Softbank)

5. Kerjasama dan penyertaan dari pihak saudara amat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,
(Mohd Uzair bin Thazali)
Pengarah IPIJ Champions League 2010.


Disahkan oleh,
(Muhammad Idris bin Che Mahzan)
Presiden IPIJ 2010




Kejohanan Bola Sepak IPIJ CHAMPIONS LEAGUE 2010 (ICL10)

Kejohanan ini mengumpulkan juara-juara dari kejohanan-kejohanan yang sebelum ini bagi mentukan juara terulung di Jepun bagi musim 2010. Kami pihak penganjur pertandingan IPIJ amat berbesar hati untuk menjemput pasukan anda ke kejohanan berprestij ini.
Untuk makluman semua , pertandingan kali ini akan disertai oleh 6 pasukan. 4 pasukan akan dijemput selaku juara bagi 5 kejohanan sebelum ini dan 2 pasukan lagi akan dijemput selaku tuan rumah dan juara bertahan.
Selaras dengan taraf kejohanan, pertandingan kali ini akan dimainkan di padang bola Nagaouka Kousen.


Wang penyertaan adalah sebanyak ¥15000 bagi setiap pasukan.

1. Muroran Hokkaido (Juara Touhoku Taikai)
2. Team JAD (Juara Kantou)
3. Fukui (Juara Gifu Taikai)
4. Nagoya (Juara Hokuriku Taikai& Juara Shikoku)
5. Toyama (Juara Bertahan)
6. Yamagata (Tuan Rumah)

Catatan: (pasukan lain akan dijemput jika didapati ada pasukan di atas tidak berminat untuk menyertai kejohanan ini.

Syarat-syarat pertandingan

1. Bilangan maksimum pemain untuk setiap pasukan ialah 15 orang. (11 bermain, 4 simpanan). (Pasukan dilarang mengambil pemain import. Tetapi pemain import yang telah beraksi bersama pasukan ketika menjuari kejohanan sebelum ini dibenarkan beraksi)
2. Perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga . Pasukan yang mengumpul mata terbanyak akan diisyhtiharkan sebagai juara keseluruhan.
3. Masa perlawanan adalah 15 minit tanpa ada rehat. Pertandingan ini ada offside. (Tertakluk pada perubahan)
4. Kiraan mata adalah seperti berikut :
Menang 3 mata
Seri 1 mata
Kalah 0 mata
5. Jika di akhir peringkat liga, didapati mata pasukan ditempat pertama dan kedua terikat, maka satu lagi perlawanan penentuan akan dijalankan. Perlawanan itu akan dianggap sebagai perlawanan penentuan.
• Jika keputusan adalah seri (pada perlawanan penentuan), sudden death atau penalti akan dijalankan (Pindaan masa akan dilakukan mengikut kesesuaian keadaan)
6. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang pengadil dan 2 orang penjaga garisan semasa pertandingan. (Tidak perlu sekiranya pengadil telah disediakan oleh pihak penganjur.Pihak penganjur akan berusaha menjemput pengadil khas untuk ICL kali ini.)
7. Pertukaran pemain boleh dilakukan tanpa menghentikan perlawanan tetapi melalui penjaga garisan dan pertukaran hanya terhad kepada 4 orang sahaja yang telah didaftarkan.
8. Setiap pasukan DIWAJIBKAN berada di padang bolasepak 長岡高専サッカー場 pada jam 8.30pagi.
9. Setiap pasukan juga dikehendaki menepati masa bagi melancarkan pertandingan dan mengelakkan keadaan tidak teratur. Pasukan yang tidak menepati masa berkemungkinan ditolak mata/markah mengikut budi bicara penganjur.
10. Permainan secara kasar dan menimbulkan kemarahan pihak lain adalah DILARANG. Untuk makluman, pada akhir kejohanan akan diumumkan pasukan fair-play( hadiah adalah dirahsiakan). Diminta juga kerjasama para penyokong untuk menjaga kesopanan dan tatatertib sepanjang kejohanan diadakan.
11. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dibantah. Selaras dengan kempen yang dijalankan oleh English Premier League, Respect Referee kempen akan dijalankan. Bagi pemain yang mengingkari keputusan pengadil boleh diberikan kad kuning/merah.
12. Untuk kejohanan kali ini, kami ingin meminta kerjasama semua yang terlibat agar dapat MENUTUP AURAT ketika menyertai pertandingan.
13. Setiap pemain juga dikehendaki membawa bersama KAD INSURANS KESIHATAN dan yang berkenaan.
14. Minuman untuk para pemain akan disediakan dan akan diberikan kepada wakil universiti. Makanan (bentou) akan disediakan dan diharapkan ketua pasukan dapat menyenaraikan jumlah bilangan yang hadir kepada pihak penganjur. ( 500 yen akan dikenakan bagi setiap bentou)
Menu bentou: Rahsia.
Gerai mungkin akan dibuka(mengikut keadaan).
15. Hadiah-hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama dan kedua sahaja.Setiap pasukan akan diberi hamper sebagai token penghargaan kami kepada anda.

Tempat pertama: Grand prize 20,000 yen + pingat (15) +hamper + (piala pusingan)
Tempat kedua : 15,000 yen + pingat (15) + hamper
Tempat ketiga : 10,000 yen + hamper
Setiap pasukan akan menerima hamper lumayan.

18. Aturcara:
08:30-08:45 Ucapan Wakil Penganjur / Urusan urusetia (pendaftaran)
08:45-08:55 Persediaan dan warm-up
09:00-12:00 Perlawanan peringkat liga
12:00-13:00 Rehat/ Solat berjemaah
13:00-17:30 Perlawanan peringkat liga
17:30-18:00 Penyampaian hadiah (gotong royong , bersurai )




>>nih nama yang telah didaftar ke pihak penganjur oleh fatah blanco..
>>barangsiapa yg terpilih tapi xnak folo bleh bagitau awal2..
>>barangsiapa yg nk ponteng cic..bleh jugak bgtau awal2 bagi memudahkan pembahagian tugas tyme cic..

No Nama

1-Mohd Syafiq Bin Bakri
2-Radin Mus’Ab Bin Salihuddin
3-Abdul Hakim bin Mohd Jarkoni
4-Muhamad Kamal Bin Abdul Hamid
5-Nor Ikram Bin Mohamad Noor
6-Mohd Nuzul Haqimi
7-Mohamad Fazli Shah
8-Muhamad Fauzan Bin Ashari
9-Mohamad Nazif Bin Che Hamizan
10-Ahmad Syazwan Bin Razak
11-Mohd Firdaus Bin Mat Desa
12-Mohd Zamir Bin Hashim
13-Muhammad Ikhwan Bin Rusli
14-Muslim Basit
15-Mohamad Ikhwan Bin Md Bahri
16-Ariel patapong

>>majulah sukan utk Toyama..

Tuesday, November 2, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MSAJ TOYAMA 2010

BERKAITAN MSAJ TOYAMA

Pendahuluan
Persatuan Pelajar Malaysia Toyama (SMAT) dalam perancangan mngendalikan MSAJ meeting 2010 bagi kawasan Hokuriku (terdiri drpd Toyama,Nagaoka,Niigata,Kanazawa dan Fukui).Matlamat penganjuran adalah untuk melantik AJK pengurusan baru MSAJ hokuriku.

TARIKH :27 HB 11 2010 (SABTU)

TEMPAT SUDAH DITEMPAH SEPERTI BERIKUT:

県民公園太閤山ランド(TAIKOYAMA LAND)

nama bangunan 1:ふるさとパレス
JAM 9:00am~5:00pm :ditempah untuk meeting ,makan n futsal diadakan disini.court futsal hanya 1 je.

nama bangunan 2:
ファミリースポーツプラザ
JAM 12:00pm~5:00pm :ditempah khas untuk game badminton onna.bangunan bersebelahan ngan ふるさとパレス.court badmnton hanya 3 je.

PLAN TENTATIF

TENTATIF

10:00-10:30 Pendaftaran

10:30-11:30 Mesyuarat Agung MSAJ HOKURIKU

11:30-13:00 Jamuan dan solat

13:00-16:00 Perlawanan bermula

16:00-17:00 Penyampaian hadiah (gotong royong , bersurai )

AJK PENGURUSAN (TAKE NOTE!)

Ajk2:- Urusetia/Pendaftaran/Keselamatan-Kak Hanim,Aji

Makanan-Kuwe,Aril,

Perhubungan -Oni,Bama (panggil org masuk ke dewan smbil jerit2 )

Pengangkutan-Pojan ,Iku (bawak org sesat n bawak maknan )

hadiah -Onna 1nen

Agama-Zamir (Sedia kawasan solat n annai kiblat)

M/C-Shachou (sediakan text berucap sblum tarikh kejadian)

Kebersihan-tanggungjawab bersama

Diharap sume warga toyama dpt bantu sesama kita.Sebarang perubahan akan diupdate .pasal ajk akan diupdate semula.Tq



Tuesday, October 12, 2010

GIFU TAIKAI 2010


بسم الله الرحمن الرحيم

>>buat kali ke-13 berturut2 toyama telah dijemput untuk menyertai Pesta Bola Sepak Gifu


>>surat jemputan adalah seperti yg tertulis:


Dikemaskini pada:4 OKTOBER 2010

Kepada pasukan bola sepak yang berkenaan:
1.Gifu.
2.Nagoya.
3.Toyohashi
4.Kosen.
5.Shizuoka
6.Fukui
7.Yamanashi
8.Toyama
9.Kanazawa
10.Nagaoka
11.Utsunomiya
12.Galaktikuss

Dengan segala hormatnya kami menjemput pasukan bola sepak anda untuk menyertai Pesta Bola Sepak Gifu yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Tokai.Butir-butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh :16 OKTOBER 2010 (0800 HRS)
Tempat :長良川サービスセンター (Kiso Sansen Park),
サッカーグラウンド
Yuran penyertaan:19500円(15 org)

Setiap pasukan akan mendapat

1.Bento dan air minuman 500ml setiap pemain
2.Sports drink 2.0 L sebotol dan 2 botol air mineral 1.5L.

Kami juga menyediakan “bento” untuk penyokong anda. Harga bento ialah 500 円 (termasuk satu botol air mineral 500ml).Duit bento untuk penyokong anda mestilah diserahkan bersama-sama dengan yuran pendaftaran nanti.

Anda juga dinasihatkan untuk membawa bekalan air tambahan terutamanya bagi penyokong kerana ketiadaan mesin air di sana nanti.






Syarat-syarat:

Ahli pasukan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Sila tepati masa yang telah ditetapkan seperti butiran di atas.Mata pasukan akan ditolak jika anda gagal berbuat kemudian.
Perlawanan 9 lawan 9. Simpanan 6 orang.
Sediakan seorang pengadil dan penjaga line (linesman).Sila berikan perhatian yang secukupnya untuk mengelakkan pembaziran masa.
Tiada offside.
Jika berlakunya pergaduhan maka, secara automatiknya akan disingkirkan tanpa tolak ansur.
Anda diwajibkan membayar bento yang telah ditempah

Kegagalan anda untuk mematuhi peraturan di atas akan menyebabkan pasukan anda akan disingkirkan.


Sila beri surat balas berkenaan dengan butiran bilangan pemain dan juga bilangan penyokong yang akan hadir untuk melancarkan urusan kami dengan secepat mungkin sebelum 10 Oktober 2010. Kami meminta maaf terlebih dahulu kerana memberikan masa yang singkat di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebarang perubahan/tambahan akan dimaklumkan secepat yang mungkin.Jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan untuk diajukan bolehlah menghubungi saya melalui e-mail atau telefon.

Dengan semangat kesukanan yang tinggi,bersama-samalah kita menyemarakkan acara yang hanya sekali dalam setahun ini.Bermainlah dengan berhemah dan menghormati pemain lain.Diharap dengan kerjasama anda semua,acara ini dapat berjalan dengan lancar pada tahun ini.

Yang menjalankan tugas,
SHAHRIMAN SAHARUDIN
Pengurus Pesta Bola Sepak Gifu
putrax_57@yahoo.com
080-4303-3557


-------------------------------------------------------------------------------------
>>venue tahun ini x same dengan tahun2 lepas..

ACCESS MAP
http://www.kisosansenkoen.go.jp/  
     ⇒ 長良川サービスセンター ⇒ アクセスマップ

住所
岐阜県海津市海津町福江字角山1202-2

>>majulah sukan utk Toyama..


Saturday, July 31, 2010

SILA BACA SMPAI HABIS..

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya pada akhirat.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Tidak ramai melakukan zina kerana dosanya amat besar tetapi ramai tidak sedar setiap hari melakukan dosa lebih besar daripada zina.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Maksud hadis itu dengan jelas membuktikan orang mengumpat dikategorikan sebagai belum beriman dengan hatinya biarpun lidahnya mengaku beriman.

Orang mengumpat bakal dimalukan biarpun dia berada di rumahnya sendiri. Kesan buruk mengumpat boleh menyebabkan perbalahan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.

Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru- hara dan pembunuhan.

Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.

Rasulullah saw pernah menegur Siti Aishah kerana berkata “alangkah pendeknya perempuan itu” kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa dengan Rasulullah saw.

Kata-kata itu turut dianggap mengumpat kerana menyebut kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilkannya.

Ini bermakna kita tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan menunjukkan kekurangan fizikal seperti botak atau buncit.

Tetapi masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak. Ada juga menyebut perkataan itu dengan tujuan panggilan ‘mesra’. Kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah.

Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.” Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan olehnya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya.” Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Jauhkan diri daripada berada dalam suasana yang boleh menyebabkan berlakunya mengumpat.

Oleh itu, perbanyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat .

OK ,AKU TAMBAH SIKIT.DUDUK KAT TOYAMA NI ,AKU RASA KITA PENAH MNGUMPAT OR MENCERITAKAN KEAIBAN SEMUA ORG DITOYAMA NI.X SILAP AKU DARI 1NEN SMPAI KE 4NEN,SEMUA ORG AKU PENAH MNGUMPAT SECARA SEDAR ATAU TIDAK SEDAR.SO AKU DAN WAKIL2 TOYAMA NAK MOHON MAAF KEPADA SEMUA .AKU HARAP CARA INI LEBIH SENANG UNTUK KITA MAAPKAN SESEORANG.

DIRUANGAN KOMEN KAT BWAH NI,AKU HARAP SESIAPA YG DAPAT MAAFKAN RAKAN2 DI TOYAMA NI TERMASUK AKU AKIBAT DOSA RAKAN2 YG MENGUMPAT,DAPAT MNULIS NAMA SENDIRI DIRUANGAN KOMEN.CONTOH BOLEH LIHAT KOMEN.

SO,DENGAN CARA NI,SESIAPA YG TULIS NAMA SENDIRI BERMKSUD,DIA SUDI MEMAAPKAN RAKAN2 TERMASUK AKU YG MNGUMPATNYA SECARA SEDAR ATAU X SEDAR .

SAPE YG SUDI TULIS NAMA SENDIRI JUGA BERMAKNA DIA SEDIA MEMAAPKAN RAKAN2 KITA TERMASUK AKU DITOYAMA KALAU ADE TERAMBIL BARANG2 MASAKAN, MAKAN MAKANAN TNPA BGTAU,GUNA BRANG2 TNPA BGTAU,N TERGUNA HAK SECARA SENGAJA ATAU X SENGAJA,PNJAM DUET SIKIT X IGT NAK PULANG N SBGAINYA.SEMUA NI AKAN DHITUNG DIAKHIRAT SANE.SO ,HARAP DAPAT HALALKAN JUGAK SUMENYE..

HARAP AMALAN KITA AKAN DITERIMA SEMPENA RAMADAN AKAN DATANG NI..INSYAALLAH..

Thursday, July 1, 2010

Sukaneka dan Camping Toyama 2010

salam sejahtera..berikut merupakan jadual aktiviti camping & BBQ hari pada sabtu dan ahad ( 3/7/2010~4/7/2010)

tempat :amabarashi (same ngan taun lpas)
tarikh &masa :sabtu dan ahad (3/7 n 4/7)


masa aktiviti

10pagi bertolak ke tmpat camping

12tgh hari tiba dan persiapan kawasan

14:00 ptg sukaneka part 1

17:00ptg sukaneka tamat n mandi-manda

19:00mlm persiapan solat2 n ceramah sket oleh Adnin

20:00mlm BBQ dan aktiviti bebas

ahad

7:00pagi bangun tido dan msak2 breakfast

9:00pagi sukaneka part 2

13:00tgh hari mkan tgh hari n solat

14:00ptg sukaneka part 3

17:00ptg pnyampaian hadiah n bersurai

Ajk untuk camping ni sila ambil perhatian

Ajk BBQ &makanan : kohai ichinen lelaki (ketua Iku)
sila senaraikan barang ape yg nak dibeli untuk BBQ,mkan tgh
hari n breakfast.bg kat Che Yam.persiapan msti slesai pling lwat
esok ptg (Jumaat).Peralatan BBQ sila cek dan watlist slengkapnya..

Ajk Camping :Kimi dan konco2. Sila pastikan khemah2 ckup dan pralatan camping
ckup.Klau bleh sediakan sumenye esok Jumaat

Ajk Hadiah :Ichinen Onna.Sila pastikan hadiah2 dibeli esok (Jumaat)

Ajk Permainan :Pak Tam,Akuya dan dan geng2 sila rangka permainan sebaiknya dan x
membosankan..

Tuesday, June 22, 2010

wavin' flag..

Memandangkan skng mood WC kn so sy nk share vid lgu theme WC ni..bkk2 la ye..tgok smpai abeh!!



ok..dah tgok?
apa korg dpat eh?ke still trbayang2 WC jgak??

sy bg link ni bkn sbb tgah smgt nk WC ke ape..
tp sbb nk share ape yg ade dlm vid atas ni..
part last tu ptutnya touching la bg sape2 yg rse sygkn saudara2 islam die..
budak yg kecik tu n rsanya blom baligh pn dah tau tujuan hidup dia..
kecik2 lg dah ada prasaan nk mmpertahankan negara n for sure nk mmpertahankan islam
bgun2 pagi dah pk matlamat hidup dia demi islam
tp kita yg kompem dah baligh dah suma ni??
stiap kali weekend da sibuk pk apa aktvt bes2 nk buat
kl xdak aktvt dah rsa bosan dah hidup..erm..
kita jd cmtu kita tau ke ape matlamat hidup kita??


2nd sy nk share kn..hri tu ade la sorg kakak ni bg talk..
1 bnda dia ckap yg bg sy sgt..erm...sgt kandou kot
dia ckap kan..

Untuk memberi tarbiyyah(pengajaran) kpada KITA,
Allah korbankan banyak NYAWA

kakak tu ada ckap jgak psal perang HUNAIN..(bleh google sniri kl nk tau kuwashii)
dlm perang tu,Allah korbankn byk nyawa org islam semata2 nk bg pengajaran utk tentera islam yg lain..
then bla dorg dah tersedar bru la Allah menangkan org islam even bilangan yg tggal time tu sgt skit

ok..mcm mana kita skang eh?
rsanya2 dah rmai gila kot nyawa2 org islam Allah dah korbankn semata2 utk bg tarbiyyah kt KITA
kt palestine yg skng tggal seciput tu takyah ckap la dah brpa rmai dah mati kan..
tp KITA ni stil x rsa apa2 kan..
x ckup lg ke eh nyawa2 org islam Allah dah korbankn semata2 utk KITA?
nk tggu brapa rmai lg eh bru kita nk bukak hati trima tarbiyyah Allah tu?


hmm..btw kn..tarbiyyah mcm mana eh yg Allah nk bg tu?
oo..lpas pristiwa srangan kapal hari tu kita dah maki2 israel kt fb..
pastu kt surau pn Adnin ada bg talk psal palestine..so tu dah kira tarbiyyah la eh?
lpas tu skng dah x amik kisah da psal tu..masing2 back to normal
BUSY dgn schedule hidup masing2..
bz study bz buat repot bz main game bz lyan prasaan..
tonikaku bz la kn nk kejar matlamat diri sniri
tp agak2 la kn dlm byk2 benda yg kita bz kn skng ni ada x eh yg Allah nk pandang?


................................................................................................................................................................


tarbiyyah yg Allah nk bg kt kita tu kn ialah back to Him...
know ur purpose of life plis!..refer la 51:56 & 2:30
tak perlu pn ssah2 nk pergi palestine
tak perlu pn ssah2 nk pk mcm mn nk lwan israel
cuma perlu back to Him..kenal pencipta kita sniri..
muhasabah balik ape ade kt dlm diri kita skng..
solat yg sll kita buat tu mampu ka nk bentuk diri kita?
paham ke ape yg kita baca dlm sujud rukuk suma tu?
al-quran yg ada kt umah tu utk tgok2 dr jauh2 ke ke?
musolla yg DEKAT tu pn time solat jumaat je kn nk pegi
onna plak kne ade usrah bru nk pegi
n kne tawarkan dgn makanan bru la nk pegi surau kn
tu pn x suma org toyama tergoda dgn tawaran makanan..
pastu bla ada prob ka ssah hati ka bru la nk cari Allah
hmm..demand jgak kita ni kan
mcm2 jouken kna ada bru la nk back to Him
smpai bila eh nk BETUL2 laksanakn tggungjawab Allah bg tu?
nk tggu lpas retired,dah tua or lpas suma cita2 dri sniri dah setle bru nk dekatkn diri dgn tuhan eh?
yakin ke bleh hidup sampai time tu?
takyah ckap smpai tua la,yakin ke nk hidup smpai esok?



Kita patut tau kita ade Allah yg patut kita INGAT n SAYANG setiap saat dlam hati ni
Bkn takat ingat mak abah,family ke boyfren ke awek ke..

Kita patut tau kita ada Solat yg perlu kita jaga n IMPROVEkn kualitinya stiap saat umur kita dipanjangkn
Bukan takat improvekn tokugi msing2 ke ape ke

Kita ptut tau kita ade AL-Quran yg patut kita BACA n PAHAM
Bukan takat pulun apal n paham buku2 yg penuh tulisan mcm cacing tu

Kita patut tau kita ade MUSOLLA yg ptut kita PENUHKAN stiap hari sbgai tmpat rapatkan silaturrahim,tmpat nk upgrade iman,tmpat nk tmbah ilmu
Bukan takat pegi umi ke,pegi pnuhkan padang ke pegi lepak joyful ke utk rapatkn silaturrahim

Last skali..
Kita ptut tau kita ade ruh utk diberi makanan rohani selalu
Bukan takat nk bg makanan tuk jasad je smpai gemuk(ok..sy yg gmuk di sini)

Wallahu'alam







Sunday, June 20, 2010

Surat Jemputan Hokuriku Taikai 北陸 大会 2010

Fukui Universiti
3-9-1 Bunkyo, Fukui-ken,

910-8507, Japan

Wakil - wakil setiap pasukan Bola,

Japan. 15hb Jun 2010

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN KE HOKURIKU TAIKAI FUKUI 2010

Merujuk perkara di atas, saya mewakili Biro Sukan dan Rekreasi MSAJ Hokuriku 2010 sukacita memaklumkan anda layak untuk menyertai Pertandingan Bola sepak Hokuriku taikai julung-julung kalinya diadakan.

2. Butiran-butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 22hb Jun 2010 (*pendaftaran), 26hb Jun 2010 (perlawanan)

Masa : 8:00 Pagi (pendaftaran), 8:10 Pagi (sepak-mula)

Tempat : Stadium Terbuka Ohno, Fukui-Ken

Bayaran : 20,000¥ Satu pasukan (termasuk bento untuk 15 pemain sahaja)

3. Berkenaan dengan perlawanan bola sepak Hokuriku Fukui 2010, beberapa syarat-syarat dan peraturan telah pun ditetapkan oleh badan-badan berkuasa MSAJ Hokuriku Fukui 2010. Antaranya ;

1. Sila tepati masa yang telah ditetapkan seperti butiran di atas.

2. Perlawanan 9 lawan 9. Simpanan 5 orang.

3. Sediakan seorang pengadil dan penjaga line (linesman).

4. Tiada offside.

5. Hanya pemenang bagi no1 , no2, no3 sahaja akan diberikan pingat kemenagan.

6. Untuk memastikan kelancaran Perlawanan pada hari tersebut, sukanya saya mengigatkan supaya bermainlah dengan berhemah dan menghormati pemain lain.

7. Jika berlakunya pergaduhan maka, secara automatiknya akan disingkirkan tanpa tolak ansur.

8. Anda diwajibkan beli bento yang telah disediakan oleh pihak Fukui.

9. Anda akan disingkirkan jika syarat-syarat diatas tidak dipatuhi.

10. Sebarang pertambahan bento sila kemukakan sebelum 22hb Jun 2010.

4. Sila beri surat balas berkenaan dengan butiran bilangan pemain dan juga orang yang akan hadiri secepat mungkin. Tarikah tutup surat balas adalah selewat-lewatnya pada tarikh pendaftaran* di atas. Untuk makluman sila hubungi saya.

5. Segala butiran telah dilampirkan bersama surat ini dibahagian lampiran.

Sekian untuk makluman saudara/saudari. Kerjasama Saudara/ Saudari , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"Badan Cergas, Otak Cerdas "

Yang menjalankan tugas,

sign.jpg

BIRO SUKAN DAN REKREASI MSAJ HOKURIKU 2010

Wan Mohamad Farhan Bin Mohamad Faisal

invincible.infinity@gmail.com

wajah selebriti






>>disebabkan hari hujung minggu yg busan,,aku pon saje2 rajin update blog nih..

>>korang mesti perasan ade wajah2 bebudak toyama yg sama dgn selebriti terkenal..maupun yg x dikenali..


>>mari kita tegok serba sedikit wajah2 tersebut..

obama vs bama


predator vs ponti


fatah vs blanco

eto

eto vs popo


k.nantakumar vs ane


hudler vs zarina


syaco vs ahmad busu

zamir vs we ismail golok

azhar

azhar ak vs ..........


kimi vs white ranger


pink tam vs pink panther

ak

beckham vs pesot


manap vs shrek

30619_445932172432_530592432_5647929_90974_n

spiderman vs shah

>>hehe...jangan marah r..