Sunday, June 20, 2010

Surat Jemputan Hokuriku Taikai 北陸 大会 2010

Fukui Universiti
3-9-1 Bunkyo, Fukui-ken,

910-8507, Japan

Wakil - wakil setiap pasukan Bola,

Japan. 15hb Jun 2010

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN KE HOKURIKU TAIKAI FUKUI 2010

Merujuk perkara di atas, saya mewakili Biro Sukan dan Rekreasi MSAJ Hokuriku 2010 sukacita memaklumkan anda layak untuk menyertai Pertandingan Bola sepak Hokuriku taikai julung-julung kalinya diadakan.

2. Butiran-butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 22hb Jun 2010 (*pendaftaran), 26hb Jun 2010 (perlawanan)

Masa : 8:00 Pagi (pendaftaran), 8:10 Pagi (sepak-mula)

Tempat : Stadium Terbuka Ohno, Fukui-Ken

Bayaran : 20,000¥ Satu pasukan (termasuk bento untuk 15 pemain sahaja)

3. Berkenaan dengan perlawanan bola sepak Hokuriku Fukui 2010, beberapa syarat-syarat dan peraturan telah pun ditetapkan oleh badan-badan berkuasa MSAJ Hokuriku Fukui 2010. Antaranya ;

1. Sila tepati masa yang telah ditetapkan seperti butiran di atas.

2. Perlawanan 9 lawan 9. Simpanan 5 orang.

3. Sediakan seorang pengadil dan penjaga line (linesman).

4. Tiada offside.

5. Hanya pemenang bagi no1 , no2, no3 sahaja akan diberikan pingat kemenagan.

6. Untuk memastikan kelancaran Perlawanan pada hari tersebut, sukanya saya mengigatkan supaya bermainlah dengan berhemah dan menghormati pemain lain.

7. Jika berlakunya pergaduhan maka, secara automatiknya akan disingkirkan tanpa tolak ansur.

8. Anda diwajibkan beli bento yang telah disediakan oleh pihak Fukui.

9. Anda akan disingkirkan jika syarat-syarat diatas tidak dipatuhi.

10. Sebarang pertambahan bento sila kemukakan sebelum 22hb Jun 2010.

4. Sila beri surat balas berkenaan dengan butiran bilangan pemain dan juga orang yang akan hadiri secepat mungkin. Tarikah tutup surat balas adalah selewat-lewatnya pada tarikh pendaftaran* di atas. Untuk makluman sila hubungi saya.

5. Segala butiran telah dilampirkan bersama surat ini dibahagian lampiran.

Sekian untuk makluman saudara/saudari. Kerjasama Saudara/ Saudari , saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"Badan Cergas, Otak Cerdas "

Yang menjalankan tugas,

sign.jpg

BIRO SUKAN DAN REKREASI MSAJ HOKURIKU 2010

Wan Mohamad Farhan Bin Mohamad Faisal

invincible.infinity@gmail.com

No comments: