Sunday, November 7, 2010

IPIJ Champion League



بسم الله الرحمن الرحيم

>>buat kali ke-3 berturut2 toyama telah dijemput untuk menyertai IPIJ Champion League

>>surat jemputan adalah seperti yg tertulis:


Jemputan Ke Kejohoanan Bola Sepak IPIJ CHAMPIONS LEAGUE (ICL) 2010 ( anjuran IPIJ )

Merujuk kepada perkara di atas, kami selaku penganjur kejohanan bola sepak IPIJ CHAMPIONS LEAGUE (ICL) 2010 dengan segala hormat menjemput wakil pasukan bola sepak anda ke Nagaoka Kousen pada 13 November 2010 bersamaan dengan hari Sabtu bagi tujuan di atas. Pihak penganjur mengucapkan tahniah kerana telah berjaya layak ke kejohanan berprestij ini.

2. Bersama surat undangan ini juga saya lampirkan maklumat dan syarat kejohanan tersebut dan juga borang penyertaan. Sekiranya pasukan saudara berminat untuk menghadiri kejohanan ini, sila hantarkan borang penyertaan yang telah lengkap diisi kepada saya sebelum atau pada 3 November 2010. (Pada helaian terakhir)

3. Bagi pasukan yang jauh yang memerlukan tempat penginapan, adalah dimaklumkan penginapan khusus tidak disediakan tetapi atas kerjasama pelajar di sini penginapan boleh diuruskan.

4. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila hubungi pihak kami di talian
Muhammad Idris : 080-3323-0429 (Softbank) / sheffwed_yeh86@yahoo.co.uk
Mohd Uzair : 090-2972-8930 (Softbank) / zairu_master88@yahoo.com
Naim : 080-3140-9267 (Softbank)

5. Kerjasama dan penyertaan dari pihak saudara amat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,
(Mohd Uzair bin Thazali)
Pengarah IPIJ Champions League 2010.


Disahkan oleh,
(Muhammad Idris bin Che Mahzan)
Presiden IPIJ 2010




Kejohanan Bola Sepak IPIJ CHAMPIONS LEAGUE 2010 (ICL10)

Kejohanan ini mengumpulkan juara-juara dari kejohanan-kejohanan yang sebelum ini bagi mentukan juara terulung di Jepun bagi musim 2010. Kami pihak penganjur pertandingan IPIJ amat berbesar hati untuk menjemput pasukan anda ke kejohanan berprestij ini.
Untuk makluman semua , pertandingan kali ini akan disertai oleh 6 pasukan. 4 pasukan akan dijemput selaku juara bagi 5 kejohanan sebelum ini dan 2 pasukan lagi akan dijemput selaku tuan rumah dan juara bertahan.
Selaras dengan taraf kejohanan, pertandingan kali ini akan dimainkan di padang bola Nagaouka Kousen.


Wang penyertaan adalah sebanyak ¥15000 bagi setiap pasukan.

1. Muroran Hokkaido (Juara Touhoku Taikai)
2. Team JAD (Juara Kantou)
3. Fukui (Juara Gifu Taikai)
4. Nagoya (Juara Hokuriku Taikai& Juara Shikoku)
5. Toyama (Juara Bertahan)
6. Yamagata (Tuan Rumah)

Catatan: (pasukan lain akan dijemput jika didapati ada pasukan di atas tidak berminat untuk menyertai kejohanan ini.

Syarat-syarat pertandingan

1. Bilangan maksimum pemain untuk setiap pasukan ialah 15 orang. (11 bermain, 4 simpanan). (Pasukan dilarang mengambil pemain import. Tetapi pemain import yang telah beraksi bersama pasukan ketika menjuari kejohanan sebelum ini dibenarkan beraksi)
2. Perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga . Pasukan yang mengumpul mata terbanyak akan diisyhtiharkan sebagai juara keseluruhan.
3. Masa perlawanan adalah 15 minit tanpa ada rehat. Pertandingan ini ada offside. (Tertakluk pada perubahan)
4. Kiraan mata adalah seperti berikut :
Menang 3 mata
Seri 1 mata
Kalah 0 mata
5. Jika di akhir peringkat liga, didapati mata pasukan ditempat pertama dan kedua terikat, maka satu lagi perlawanan penentuan akan dijalankan. Perlawanan itu akan dianggap sebagai perlawanan penentuan.
• Jika keputusan adalah seri (pada perlawanan penentuan), sudden death atau penalti akan dijalankan (Pindaan masa akan dilakukan mengikut kesesuaian keadaan)
6. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang pengadil dan 2 orang penjaga garisan semasa pertandingan. (Tidak perlu sekiranya pengadil telah disediakan oleh pihak penganjur.Pihak penganjur akan berusaha menjemput pengadil khas untuk ICL kali ini.)
7. Pertukaran pemain boleh dilakukan tanpa menghentikan perlawanan tetapi melalui penjaga garisan dan pertukaran hanya terhad kepada 4 orang sahaja yang telah didaftarkan.
8. Setiap pasukan DIWAJIBKAN berada di padang bolasepak 長岡高専サッカー場 pada jam 8.30pagi.
9. Setiap pasukan juga dikehendaki menepati masa bagi melancarkan pertandingan dan mengelakkan keadaan tidak teratur. Pasukan yang tidak menepati masa berkemungkinan ditolak mata/markah mengikut budi bicara penganjur.
10. Permainan secara kasar dan menimbulkan kemarahan pihak lain adalah DILARANG. Untuk makluman, pada akhir kejohanan akan diumumkan pasukan fair-play( hadiah adalah dirahsiakan). Diminta juga kerjasama para penyokong untuk menjaga kesopanan dan tatatertib sepanjang kejohanan diadakan.
11. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dibantah. Selaras dengan kempen yang dijalankan oleh English Premier League, Respect Referee kempen akan dijalankan. Bagi pemain yang mengingkari keputusan pengadil boleh diberikan kad kuning/merah.
12. Untuk kejohanan kali ini, kami ingin meminta kerjasama semua yang terlibat agar dapat MENUTUP AURAT ketika menyertai pertandingan.
13. Setiap pemain juga dikehendaki membawa bersama KAD INSURANS KESIHATAN dan yang berkenaan.
14. Minuman untuk para pemain akan disediakan dan akan diberikan kepada wakil universiti. Makanan (bentou) akan disediakan dan diharapkan ketua pasukan dapat menyenaraikan jumlah bilangan yang hadir kepada pihak penganjur. ( 500 yen akan dikenakan bagi setiap bentou)
Menu bentou: Rahsia.
Gerai mungkin akan dibuka(mengikut keadaan).
15. Hadiah-hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama dan kedua sahaja.Setiap pasukan akan diberi hamper sebagai token penghargaan kami kepada anda.

Tempat pertama: Grand prize 20,000 yen + pingat (15) +hamper + (piala pusingan)
Tempat kedua : 15,000 yen + pingat (15) + hamper
Tempat ketiga : 10,000 yen + hamper
Setiap pasukan akan menerima hamper lumayan.

18. Aturcara:
08:30-08:45 Ucapan Wakil Penganjur / Urusan urusetia (pendaftaran)
08:45-08:55 Persediaan dan warm-up
09:00-12:00 Perlawanan peringkat liga
12:00-13:00 Rehat/ Solat berjemaah
13:00-17:30 Perlawanan peringkat liga
17:30-18:00 Penyampaian hadiah (gotong royong , bersurai )




>>nih nama yang telah didaftar ke pihak penganjur oleh fatah blanco..
>>barangsiapa yg terpilih tapi xnak folo bleh bagitau awal2..
>>barangsiapa yg nk ponteng cic..bleh jugak bgtau awal2 bagi memudahkan pembahagian tugas tyme cic..

No Nama

1-Mohd Syafiq Bin Bakri
2-Radin Mus’Ab Bin Salihuddin
3-Abdul Hakim bin Mohd Jarkoni
4-Muhamad Kamal Bin Abdul Hamid
5-Nor Ikram Bin Mohamad Noor
6-Mohd Nuzul Haqimi
7-Mohamad Fazli Shah
8-Muhamad Fauzan Bin Ashari
9-Mohamad Nazif Bin Che Hamizan
10-Ahmad Syazwan Bin Razak
11-Mohd Firdaus Bin Mat Desa
12-Mohd Zamir Bin Hashim
13-Muhammad Ikhwan Bin Rusli
14-Muslim Basit
15-Mohamad Ikhwan Bin Md Bahri
16-Ariel patapong

>>majulah sukan utk Toyama..

1 comment:

House Of Jersey said...

Anyone who know Mohamad Ikhwan regarding about order of Holland Away jersey!!!
Please email me ASAP: zoukerout@gmail.com