Saturday, November 7, 2009

ボウリング大会2009

Wakil pelajar,

Niigata University,

Niigata.

Kepada yang berkenaan. 25 Oktober 2009

Saudara saudari,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MSAJ BAHAGIAN HOKURIKU DAN PERTANDINGAN BOLING 2009.

Berhubung dengan perkara diatas,sukacita dimaklumkan bahawa saudara saudari dijemput ke mesyuarat tersebut. Butir-butir adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 November 2009

Tempat: Niigata University & Grand Bowl Kurosaki.

Masa: 10:00 ~ (sebarang perubahan masa akan dimaklumkan kemudian)

Yuran: 1200Yen seorang (bagi pertandingan boling; tidak termasuk kasut)

2. Diharap wakil dari setiap universiti dapat mengirimkan maklum balas mengenai bilangan ahli yang akan menghadiri mesyuarat tersebut dan bilangan yang akan menyertai pertandingan bowling selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kepada alamat email hard_bonee@yahoo.com. Sila hantar seperti contoh yang dilampirkan. Sebarang perubahan seperti pertambahan kumpulan dan sebagainya selepas tarikh yang ditetapkan ataupun pada hari pertandingan tidak akan dipertimbangkan. Harap maklum.

3. Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Nurul Shazwani Abdul Rahim

080-3144-5238

hard_bonee@yahoo.com

Iliyas bin Md Dan

090-2975-5340

asieka@yahoo.com

Zulfadli Mohd Jais

080-5409-4928

zulfadlimohdjais@yahoo.com

4. Kerjasama dari saudara saudari didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Disediakan oleh,

AYUNI BINTI SAMSUDIN

Setiausaha NUMASA

Niigata University Malaysian Student Association.