Tuesday, October 12, 2010

GIFU TAIKAI 2010


بسم الله الرحمن الرحيم

>>buat kali ke-13 berturut2 toyama telah dijemput untuk menyertai Pesta Bola Sepak Gifu


>>surat jemputan adalah seperti yg tertulis:


Dikemaskini pada:4 OKTOBER 2010

Kepada pasukan bola sepak yang berkenaan:
1.Gifu.
2.Nagoya.
3.Toyohashi
4.Kosen.
5.Shizuoka
6.Fukui
7.Yamanashi
8.Toyama
9.Kanazawa
10.Nagaoka
11.Utsunomiya
12.Galaktikuss

Dengan segala hormatnya kami menjemput pasukan bola sepak anda untuk menyertai Pesta Bola Sepak Gifu yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Tokai.Butir-butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh :16 OKTOBER 2010 (0800 HRS)
Tempat :長良川サービスセンター (Kiso Sansen Park),
サッカーグラウンド
Yuran penyertaan:19500円(15 org)

Setiap pasukan akan mendapat

1.Bento dan air minuman 500ml setiap pemain
2.Sports drink 2.0 L sebotol dan 2 botol air mineral 1.5L.

Kami juga menyediakan “bento” untuk penyokong anda. Harga bento ialah 500 円 (termasuk satu botol air mineral 500ml).Duit bento untuk penyokong anda mestilah diserahkan bersama-sama dengan yuran pendaftaran nanti.

Anda juga dinasihatkan untuk membawa bekalan air tambahan terutamanya bagi penyokong kerana ketiadaan mesin air di sana nanti.






Syarat-syarat:

Ahli pasukan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Sila tepati masa yang telah ditetapkan seperti butiran di atas.Mata pasukan akan ditolak jika anda gagal berbuat kemudian.
Perlawanan 9 lawan 9. Simpanan 6 orang.
Sediakan seorang pengadil dan penjaga line (linesman).Sila berikan perhatian yang secukupnya untuk mengelakkan pembaziran masa.
Tiada offside.
Jika berlakunya pergaduhan maka, secara automatiknya akan disingkirkan tanpa tolak ansur.
Anda diwajibkan membayar bento yang telah ditempah

Kegagalan anda untuk mematuhi peraturan di atas akan menyebabkan pasukan anda akan disingkirkan.


Sila beri surat balas berkenaan dengan butiran bilangan pemain dan juga bilangan penyokong yang akan hadir untuk melancarkan urusan kami dengan secepat mungkin sebelum 10 Oktober 2010. Kami meminta maaf terlebih dahulu kerana memberikan masa yang singkat di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebarang perubahan/tambahan akan dimaklumkan secepat yang mungkin.Jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan untuk diajukan bolehlah menghubungi saya melalui e-mail atau telefon.

Dengan semangat kesukanan yang tinggi,bersama-samalah kita menyemarakkan acara yang hanya sekali dalam setahun ini.Bermainlah dengan berhemah dan menghormati pemain lain.Diharap dengan kerjasama anda semua,acara ini dapat berjalan dengan lancar pada tahun ini.

Yang menjalankan tugas,
SHAHRIMAN SAHARUDIN
Pengurus Pesta Bola Sepak Gifu
putrax_57@yahoo.com
080-4303-3557


-------------------------------------------------------------------------------------
>>venue tahun ini x same dengan tahun2 lepas..

ACCESS MAP
http://www.kisosansenkoen.go.jp/  
     ⇒ 長良川サービスセンター ⇒ アクセスマップ

住所
岐阜県海津市海津町福江字角山1202-2

>>majulah sukan utk Toyama..


No comments: