Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya pada akhirat.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Tidak ramai melakukan zina kerana dosanya amat besar tetapi ramai tidak sedar setiap hari melakukan dosa lebih besar daripada zina.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Maksud hadis itu dengan jelas membuktikan orang mengumpat dikategorikan sebagai belum beriman dengan hatinya biarpun lidahnya mengaku beriman.
Orang mengumpat bakal dimalukan biarpun dia berada di rumahnya sendiri. Kesan buruk mengumpat boleh menyebabkan perbalahan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.
Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru- hara dan pembunuhan.
Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.
Rasulullah saw pernah menegur Siti Aishah kerana berkata “alangkah pendeknya perempuan itu” kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa dengan Rasulullah saw.
Kata-kata itu turut dianggap mengumpat kerana menyebut kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilkannya.
Ini bermakna kita tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan menunjukkan kekurangan fizikal seperti botak atau buncit.
Tetapi masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak. Ada juga menyebut perkataan itu dengan tujuan panggilan ‘mesra’. Kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah.
Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.” Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan olehnya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya.” Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Jauhkan diri daripada berada dalam suasana yang boleh menyebabkan berlakunya mengumpat.
Oleh itu, perbanyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat .
OK ,AKU TAMBAH SIKIT.DUDUK KAT TOYAMA NI ,AKU RASA KITA PENAH MNGUMPAT OR MENCERITAKAN KEAIBAN SEMUA ORG DITOYAMA NI.X SILAP AKU DARI 1NEN SMPAI KE 4NEN,SEMUA ORG AKU PENAH MNGUMPAT SECARA SEDAR ATAU TIDAK SEDAR.SO AKU DAN WAKIL2 TOYAMA NAK MOHON MAAF KEPADA SEMUA .AKU HARAP CARA INI LEBIH SENANG UNTUK KITA MAAPKAN SESEORANG.
DIRUANGAN KOMEN KAT BWAH NI,AKU HARAP SESIAPA YG DAPAT MAAFKAN RAKAN2 DI TOYAMA NI TERMASUK AKU AKIBAT DOSA RAKAN2 YG MENGUMPAT,DAPAT MNULIS NAMA SENDIRI DIRUANGAN KOMEN.CONTOH BOLEH LIHAT KOMEN.
SO,DENGAN CARA NI,SESIAPA YG TULIS NAMA SENDIRI BERMKSUD,DIA SUDI MEMAAPKAN RAKAN2 TERMASUK AKU YG MNGUMPATNYA SECARA SEDAR ATAU X SEDAR .
SAPE YG SUDI TULIS NAMA SENDIRI JUGA BERMAKNA DIA SEDIA MEMAAPKAN RAKAN2 KITA TERMASUK AKU DITOYAMA KALAU ADE TERAMBIL BARANG2 MASAKAN, MAKAN MAKANAN TNPA BGTAU,GUNA BRANG2 TNPA BGTAU,N TERGUNA HAK SECARA SENGAJA ATAU X SENGAJA,PNJAM DUET SIKIT X IGT NAK PULANG N SBGAINYA.SEMUA NI AKAN DHITUNG DIAKHIRAT SANE.SO ,HARAP DAPAT HALALKAN JUGAK SUMENYE..
HARAP AMALAN KITA AKAN DITERIMA SEMPENA RAMADAN AKAN DATANG NI..INSYAALLAH..
8 comments:
POJAN -AKU MAAPKAN SUME ORG YG MENGUMPAT AKU DITOYAMA NI N SAPE2 YG TERAMBIL BRANG2 TNPA GTAU PON AKU MAAPKAN.SEKIAN
famer - aku mintak maaf kat sume warge toyama klu ade terbuat salah, terumpat ke, ter(isi la pape kat sini)..ye?
n aku maafkan klu ade org terumpat aku, tergune barang, ter(isi yg berkaitan di sini)..moge kite sume bebas dr dosa kepada org lain. ^^
nak mntk maaf jugak kt sume yg pernah kena umpat,kena marah2(apek contohnye),kna tempias emo ke..gomennasai..
n aku maafkn jgak kl ada org yg buat slah kt aku..
selamat beramal^_^
MOHD HILMI BIN MD ALI (10870502)-ak mintak maaf utk segalanya kpd kesemuanya yg mbaca ini
salam..aku pon nk mintak maaf la kat dak2 toyama kalo ader wat korang kecik ati ke pape.. :) mmg kalo pk2 balik byk gler kot ngumpat org..kan2~harap post nie bleh la disebar-sebarkan lg..pastu yg penting kite berubah jd lg bek..peace~~
Assalamualaikum warahmatullah..good progress untuk semua warga toyama..teruskan lagi..join jugaklah meminta ampun dan maaf kepada semua kalau ada salah silap terutamanya mengumpat dan seumpama dengannya..Maafkan jugak kepada semua,harap semua sama-sama kita berubah ke tahap yg lagi baik..yg lelaki, tunjukkan komitmen untuk berubah dengan penuhkan surau..yg perempuan, jaga akhlak dengan bukan hanya tutup aurat zahir malah aurat pergaulan..
Sama-sama kita ikut aktiviti surau mingguan,harian dll..
assalamualaikum...rasenye..banyak gak mulut aq ni ngumpat..mintak maaf la sume..nak kongsi sket..
sebelum tidur-boleh la kite maafkan sume orang,pastu halalkan segalenye,takut kite kene ambik ke tengah tidur tu=)
saya mohd zamir bin hashim dengan rendah diri ingin mmohon maaf atas segala keterlanjuran dan kesilapan sepanjang hubungan bersama dalam setahun lbh ini..
Post a Comment