SALAM. Memandangkan musim fuyu semakin tiba,disini ada beberapa tips yg boleh dikongsi untuk kita semua.moga bermanafaat..
Tips untuk kesihatan diri
- Pastikan sentiasa berstokin dan berbaju sejuk, jangan degil kerana ia akan menyebabkan kehilangan haba dari dalam badan.
- Elakkan pemakaian baju dari kain sintetik atau berbulu terus pada kulit tanpa alas kerana kulit akan teriritasi. Gantikan dengan pakaian dari kapas sebagai alas. Pakaian berlapis mampu menjadi penebat haba yang baik.
- Elakkan memakai pakaian basah lama-lama, segera salin pakaian sebaik sahaja sampai di rumah.
- Mandi dengan menggunakan sabun yang boleh mengekalkan kelembapan kulit(mild soap). Elakkan penggunaan sabun antibakteria kerana akan menyebabkan kehilangan kelembapan pada kulit.
- Selepas mandi, jangan lupa pakai losyen bagi mengelakkan kekeringan kulit.
- Amalkan penggunaan conditioner selepas membasuh rambut dengan shampoo bagi mengelakkan kekeringan rambut semasa winter.
- Jangan bertangguh ke bilik air sebab sejuk dan lap tubuh sehingga kering sebelum keluar daripada bilik air.
- Elakkan penggunaan air yang sangat panas dan sangat sejuk ketika mandi, kerana hal ini boleh menyebabkan kekeringan. Mandi dengan air suam.
- Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah.
- Krim pelembab adalah penting dalam musim sejuk. Pakai krim pelembap sebelum tidur.
- Gunakan juga body lotion@pelembab pada kulit. Sebaik-baiknya pilih lotion yang mengandungi vitamin E dan dari jenis oil-based.
- Kekeringan bibir adalah perkara yang biasa pada musim sejuk kerana bibir tidak mempunyai kalenjar minyak. Jangan JILAT bibir kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan pada bibir. Sekiranya bibir kering sapukan lipbalm. Bawa lipbalm kemana-mana supaya mudah digunakan apabila perlu.
- Walaupun semasa winter, teruskan penggunaan sunscreen.
- Jangan tidur terlalu lambat kerana berpotensi untuk makan banyak pada waktu tengah malam. Makan pada tengah malam akan menyebabkan kenaikan berat badan.
- Kurangkan kekerapan mandi setiap hari.
- Kerapkan basuh tangan untuk elak jangkitan kuman.
- Selepas mengambil wuduk, lap sehingga kering anggota wuduk itu. Pemakaian stoking ketika kaki basah boleh mengakibatkan kudis air .
- Walaupun tidak mandi dalam tempoh yang agak lama, lap badan dengan tuala lembab untuk memastikan kebersihan diri tetap terjaga.
- Kawal waktu tidur untuk mengelakkan diri daripada tidur terlalu lama berikutan waktu malam yang panjang. Manfaatkan masa malam yang panjang ini untuk qiam atau study. Elakkan study berhampiran danbo kerana ia akan menyebabkan anda mudah mengantuk.
- Manfaatkan juga masa siang yang pendek untuk berpuasa.
Tips keselamatan di rumah:
- Tutup gas danbo @pemanas semasa hendak tidur
- Bukak sikit tingkap untuk pengudaraan dan mengelakkkan keracunan gas. Pastikan tiada kebocoran gas.
- Jangan jemur/letak pakaian/kertas berhampiran danbo@pemanas kerana dikhuatiri akan mudah terbakar.
- Letakkan sebekas air di atas danbo@pemanas supaya air ini akan tersejat dan menambahkan kelembapan udara.
- Pastikan tingkap rumah anda dibuka sekurang-kurang 1/2 inci pada waktu siang. Ini dapat memperbaiki pengudaraan di dalam rumah.
- Jaga kebersihan dan jangan lupa untuk menukar cadar bagi mengelakkan pembiakan kuman.
Tips Pemakanan:
- Pastikan anda menjaga pemakanan pada musim sejuk bagi mengelakkan penurunan kadar metabolisma badan. Kadar metabolism yang rendah boleh menyebabkan kenaikan berat badan.
- Pengambilan vitamin B1 dan B6 sebagai vitamin tambahan sekiranya perlu.
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi anti oksida dan vitamin seperti lobak merah, buah delima, kiwi dan lain-lain lagi. Pengambilan teh hijau juga digalakkan kerana kandungan anti oksida yang terdapat di dalamnya. Pemakanan yang baik dapat meningkatkan imuniti badan terhadapt penyakit.
- Banyakkan minum air bagi mengelakkan kekeringan dalam badan. Sentiasa bawa air semasa hendak keluar supaya badan sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi.
Senaman Ketika Musim Sejuk:
- Bersenam dapat memperbaiki peredaran darah dan akan menambahkan kandungan haba dalam badan.
- Senaman juga dapat mengawal berat badan terutamanya semasa musim sejuk ini.
- Gunakan tangga bukannya lif seperti kebiasaan.
- Membersihkan rumah sambil bersenam(sapu sampah, mop lantai)
- Amalkan senaman ringkas di dalam bilik
- Kurangkan menaiki teksi dan banyakkan berjalan kaki
- Jangan lupa minum air selepas bersenam.
"Musim sejuk adalah musim yang terbaik bagi orang-orang beriman. Malamnya panjang, lalu dia berqiamullail padanya. Siangnya pendek, lalu dia berpuasa padanya.”
Selamat menempuh musim sejuk untuk semua warga SMAT. :)
sumber-http://www.permaijordan.com
No comments:
Post a Comment