Tuesday, November 22, 2011

Surat Jemputan Meeting MSAJ

Salam.Berikut Surat jemputan dari pihak Fukui.

Fukui University
391Bunkyou, Fukui City
910-8507, JAPAN


Wakil-wakil setiap Universiti,
Japan.                                                                                                  19 November 2011 

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN KE MESYUARAT TAHUNAN PERSATUAN MSAJ BAHAGIAN HOKURIKU 2011

Merujuk perkara di atas, saya mewakili Pelajar Malaysia Universiti Fukuidengan sukacitanya memaklumkan anda dijemput untuk menghadiri mesyuarat tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar  Malaysia di Jepun (MSAJ) bahagian Hokuriku 2011 yang akan diadakan di Universiti Fukui pada tahun ini.

2.         Butiran-butiran adalah seperti berikut :

                        Tarikh             :           3hb Disember 2011
                        Masa               :           11:00 Pagi hingga 6:00 Petang
                        Tempat            :           Fukui Palace Hotel, Wave40 Fukui
                        Bayaran            :          1000YEN (bagi peserta bowling)
           
3.         Berkenaan dengan mesyuarat tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar  Malaysia di Jepun (MSAJ) bahagian Hokuriku 2011, beberapa aktivtiti akan di adakan. Antaranya adalah pembentangan laporan tahunan 2010/2011,pemilihan ahli jawatankuasa sesi 2011/2012 dan juga pertandingan bowling.Aturcara pada hari tersebut adalah seperti berikut:

11:30 jemputan tiba
12:00 pembukaan majlis
Bacaan doa:Mohamad Shahrul Nizam
12:10 ucapan& perasmian Puan Siti Zaharah
Bacaan doa makan
Ucapan presiden fukui
Ucapan presiden msaj hokuriku
Pembentangan laporan
Perletakkan jawatan
12:30 penyampaian sijil ajk
13:00 perlantikan ajk baru
13:30 persembahan/ slide show
14:15 ucapan penutup oleh presiden baru
14:30 majlis bersurai

4.         Bagi memastikan bilangan yang akan hadir,bersama surat ini dilampirkan sekali ruangan untuk mengisi nama dan juga pengesahan bagi yang akan menyertai pertandingan bowling.Diharap wakil dari setiap universiti dapat memberi maklum balas berserta dengan borang yang lengkap selewat-lewatnya 24 November 2011.Memandangkan majlis akan diadakan di hotel,semua yang akan hadir diminta berpakaian yang sesuai.Kerjasama dari pihak Saudara/Saudari amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD KHALID
Pengerusi Pelajar Malaysia University Fukui


 Kepada sesiapa yg berminat nak pergi dan masih belom henji kat Kak Diha, boleh tulis kat komen Fb bawah ni.esok nk antar nama. sekian harap mklum.








No comments: