Tuesday, November 22, 2011

Surat Jemputan Meeting MSAJ

Salam.Berikut Surat jemputan dari pihak Fukui.

Fukui University
391Bunkyou, Fukui City
910-8507, JAPAN


Wakil-wakil setiap Universiti,
Japan.                                                                                                  19 November 2011 

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN KE MESYUARAT TAHUNAN PERSATUAN MSAJ BAHAGIAN HOKURIKU 2011

Merujuk perkara di atas, saya mewakili Pelajar Malaysia Universiti Fukuidengan sukacitanya memaklumkan anda dijemput untuk menghadiri mesyuarat tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar  Malaysia di Jepun (MSAJ) bahagian Hokuriku 2011 yang akan diadakan di Universiti Fukui pada tahun ini.

2.         Butiran-butiran adalah seperti berikut :

                        Tarikh             :           3hb Disember 2011
                        Masa               :           11:00 Pagi hingga 6:00 Petang
                        Tempat            :           Fukui Palace Hotel, Wave40 Fukui
                        Bayaran            :          1000YEN (bagi peserta bowling)
           
3.         Berkenaan dengan mesyuarat tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar  Malaysia di Jepun (MSAJ) bahagian Hokuriku 2011, beberapa aktivtiti akan di adakan. Antaranya adalah pembentangan laporan tahunan 2010/2011,pemilihan ahli jawatankuasa sesi 2011/2012 dan juga pertandingan bowling.Aturcara pada hari tersebut adalah seperti berikut:

11:30 jemputan tiba
12:00 pembukaan majlis
Bacaan doa:Mohamad Shahrul Nizam
12:10 ucapan& perasmian Puan Siti Zaharah
Bacaan doa makan
Ucapan presiden fukui
Ucapan presiden msaj hokuriku
Pembentangan laporan
Perletakkan jawatan
12:30 penyampaian sijil ajk
13:00 perlantikan ajk baru
13:30 persembahan/ slide show
14:15 ucapan penutup oleh presiden baru
14:30 majlis bersurai

4.         Bagi memastikan bilangan yang akan hadir,bersama surat ini dilampirkan sekali ruangan untuk mengisi nama dan juga pengesahan bagi yang akan menyertai pertandingan bowling.Diharap wakil dari setiap universiti dapat memberi maklum balas berserta dengan borang yang lengkap selewat-lewatnya 24 November 2011.Memandangkan majlis akan diadakan di hotel,semua yang akan hadir diminta berpakaian yang sesuai.Kerjasama dari pihak Saudara/Saudari amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD KHALID
Pengerusi Pelajar Malaysia University Fukui


 Kepada sesiapa yg berminat nak pergi dan masih belom henji kat Kak Diha, boleh tulis kat komen Fb bawah ni.esok nk antar nama. sekian harap mklum.








Bola3

Salam.tahniah kepada pasukan bola sepak malaysia yg berjaya mmngi pingt emas d temasya sukan sea smlm.kehangatan masih terasa.semua org berckap tentang bola smalam.baik dr perdana menteri hinggalah seluruh lapisan msyarakat.Bnyak pengajaran sebenarnya yg dapt diambil dr permainan bola sepak ini.
dlm perlawanan bola sepak, sebelum tiupan wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan, kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang sama ada utk "menambah" jaringan atau "menyamakan" kedudukan. biasanya wisel akan ditiup sebanyak 3 kali sbg tanda perlawanan sudah tamat. itu tiupan pengadil di dunia.
begitu juga kehidupan manusia. manusia hanya menunggu tiupan sangkakala oleh malaikat sahaja sbg tanda berakhirnya kehidupan ini..ulama khilaf brapa kali tiupan tersebut .ada yg kata 2 kali ada yg kata 3 kali. yg penting berusahalah utk "menambah" jaringan amalan dan "menyamakan" kedudukan pahala sebelum wisel/tiupan itu dibunyikan..
(kalo ambo salah tolong btulkan)

Kita di peringkat Toyama walaupun kita sekali lagi kalah di ICL tahun ini,namun dari segi ikatan ukhuwah tampak sekali kitalah yg juara.Kepada semua pemain jgn putus asa ada lagi peluang kita di masa hadapan nnti. Banyak lg yg perlu diperbaiki..Moga ukhuwah dapat dieratkan lgi bukan shaja dari bidang sukan malahan aspek2 lain seperti  agama dan moral,kemanusiaan dan sebagainya.


otsukaresamadeshita!





p/s "Setiap komen dan ulasan tentang keputusan perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia malam tadi: sama ada menjadi DOSA atau PAHALA. Hanya yang berpahala menang semenang-menangnya"-Hasrizal Abdul Jamil

Sekian.Wasalam

Wednesday, November 16, 2011

tips musim sejuk

SALAM. Memandangkan musim fuyu semakin tiba,disini ada beberapa tips yg boleh dikongsi untuk  kita semua.moga bermanafaat.. 
Tips untuk kesihatan diri
  • Pastikan sentiasa berstokin dan berbaju sejuk, jangan degil kerana ia akan menyebabkan kehilangan haba dari dalam badan.
  •  Elakkan pemakaian baju dari kain sintetik atau berbulu terus pada kulit tanpa alas kerana kulit akan teriritasi. Gantikan dengan pakaian dari kapas sebagai alas. Pakaian berlapis mampu menjadi penebat haba yang baik.
  • Elakkan memakai pakaian basah lama-lama, segera salin pakaian sebaik sahaja sampai di rumah.
  • Mandi dengan menggunakan sabun yang boleh mengekalkan kelembapan kulit(mild soap). Elakkan penggunaan sabun antibakteria kerana akan menyebabkan kehilangan kelembapan pada kulit.
  • Selepas mandi, jangan lupa pakai losyen bagi mengelakkan kekeringan kulit.
  •  Amalkan penggunaan conditioner selepas membasuh rambut dengan shampoo bagi mengelakkan kekeringan rambut semasa winter.
  •  Jangan bertangguh ke bilik air sebab sejuk dan lap tubuh sehingga kering sebelum keluar daripada bilik air.
  • Elakkan penggunaan air yang sangat panas dan sangat sejuk ketika mandi, kerana hal ini boleh menyebabkan kekeringan. Mandi dengan air suam.
  • Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah.
  •  Krim pelembab adalah penting dalam musim sejuk. Pakai krim pelembap sebelum tidur.
  •  Gunakan juga body lotion@pelembab pada kulit. Sebaik-baiknya pilih lotion yang mengandungi vitamin E dan dari jenis oil-based.
  • Kekeringan bibir adalah perkara yang biasa pada musim sejuk kerana bibir tidak mempunyai kalenjar minyak. Jangan JILAT bibir kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan pada bibir. Sekiranya bibir kering sapukan lipbalm. Bawa lipbalm kemana-mana supaya mudah digunakan apabila perlu.
  •  Walaupun semasa winter, teruskan penggunaan sunscreen.
  •  Jangan tidur terlalu lambat kerana berpotensi untuk makan banyak pada waktu tengah malam. Makan pada tengah malam akan menyebabkan kenaikan berat badan.
  •  Kurangkan kekerapan mandi setiap hari.
  • Kerapkan basuh tangan untuk elak jangkitan kuman.
  •  Selepas mengambil wuduk, lap sehingga kering anggota wuduk itu. Pemakaian stoking ketika kaki basah boleh mengakibatkan kudis air .
  • Walaupun tidak mandi dalam tempoh yang agak lama, lap badan dengan tuala lembab untuk memastikan kebersihan diri tetap terjaga.
  •  Kawal waktu tidur untuk mengelakkan diri daripada tidur terlalu lama berikutan waktu malam yang panjang. Manfaatkan masa malam yang panjang ini untuk qiam atau study. Elakkan study berhampiran danbo kerana ia akan menyebabkan anda mudah mengantuk.
  • Manfaatkan juga masa siang yang pendek untuk berpuasa.

Tips keselamatan di rumah:

  • Tutup gas danbo @pemanas semasa hendak tidur
  •  Bukak sikit tingkap untuk pengudaraan dan mengelakkkan keracunan gas. Pastikan tiada kebocoran gas.
  •  Jangan jemur/letak pakaian/kertas berhampiran danbo@pemanas kerana dikhuatiri akan mudah terbakar.
  •  Letakkan sebekas air di atas danbo@pemanas supaya air ini akan tersejat dan menambahkan kelembapan   udara. 
  •  Pastikan tingkap rumah anda dibuka sekurang-kurang 1/2 inci pada waktu siang. Ini dapat memperbaiki pengudaraan di dalam rumah.
  •  Jaga kebersihan dan jangan lupa untuk menukar cadar bagi mengelakkan pembiakan kuman.


Tips Pemakanan:

  • Pastikan anda menjaga pemakanan pada musim sejuk bagi mengelakkan penurunan kadar metabolisma badan. Kadar metabolism yang rendah boleh menyebabkan kenaikan berat badan.
  • Pengambilan vitamin B1 dan B6 sebagai vitamin tambahan sekiranya perlu.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi anti oksida dan vitamin seperti lobak merah, buah delima, kiwi dan lain-lain lagi. Pengambilan teh hijau juga digalakkan kerana kandungan anti oksida yang terdapat di dalamnya. Pemakanan yang baik dapat meningkatkan imuniti badan terhadapt penyakit.
  • Banyakkan minum air bagi mengelakkan kekeringan dalam badan. Sentiasa bawa air semasa hendak keluar supaya badan sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi.


Senaman Ketika Musim Sejuk:

  •  Bersenam dapat memperbaiki peredaran darah dan akan menambahkan kandungan haba dalam badan.
  • Senaman juga dapat mengawal berat badan terutamanya semasa musim sejuk ini.
  • Gunakan tangga bukannya lif seperti kebiasaan.
  •  Membersihkan rumah sambil bersenam(sapu sampah, mop lantai)
  • Amalkan senaman ringkas di dalam bilik
  • Kurangkan menaiki teksi dan banyakkan berjalan kaki
  •  Jangan lupa minum air selepas bersenam.


"Musim sejuk adalah musim yang terbaik bagi orang-orang beriman. Malamnya panjang, lalu dia berqiamullail padanya. Siangnya pendek, lalu dia berpuasa padanya.”

Selamat menempuh musim sejuk untuk semua warga SMAT. :)


Thursday, November 3, 2011

update aktiviti musim sejuk

Salam,
Keputusan mesyuarat SMAT (21 Oktober 2011) mengenai aktiviti2 yg akan datang seperti berikut:- 

Hari Raya Aidiladha
Tempat: Dewan kaikan
Tarikh: 6.11.2011
Menu : 
1.      Nasi arab : Kak shu dan Adnin
2.      Sup daging : Bib, Mek, Qamar
3.      Acar dan pajeri nenas : Farihin dan Megat
4.      Rendang daging : Syakirin, Master, Min
5.      Nasi himpit : Ajis and the gang
6.      Kuah kacang : ilmam dan kakak-kakak 2 nen onna
7.      Fruit salad : Fahim
8.      Sambal sup daging : Mek dan Bib
*kaikan akan ditempah oleh hanafi

CIC
Tempat : Dewan CIC
Tarikh : 12-13.11.2011
Aktiviti
*SABTU
Booth gambar : pakai baju melayu dan baju kurung berlatar belakangkan pemandangan Malaysia
(jadual tugasan jaga booth akan dikeluarkan)
Jurukamera : Kuwe, Tawe, Apek
*AHAD
Persembahan kebudayaan
Ketua : Qamar


ICL
Tempat: Stadium gofuku koen
Tarikh :13.11.2011
Senarai tugas:
1.       Medic + ambulans  : Yus
2.       Bungkus bento : Oni,Ajis,Bama,Acap
3.       Air panas : Akhyar
4.       Jurukamera : Faiz nagaoka
5.       Cari referee:  Muslim, Iku, Kuwe
6.       Tempat solat : Zamir
7.       Kebersihan : Ilmam dan otoko 1 nen
8.       Kutip bola: Bama and the gang
9.       Ajk jualan: onna tachi (donat, kerepek, cekodok, karipap etc)


Taikai antara rumah SMAT
Tempat :Taiku bunka
Tarikh : 27.11.2011
Persediaan mental dan fizikal bagi setiap rumah.
Acara yang dipertandingkan :
1.       Badminton
2.       Bola tampar
 *pakai baju rumah masing2


Trip snowboard
Tempat : Hakuba
Tarikh : masih dalam perbincangan
Tindakan : Che yam  dan Akhyar akan uruskan.

sekian sahaja.Harap semua dapat menjalankan kerja dgn penuh ikhlas.

Friday, October 14, 2011

Gifu Taikai

AsSalamualaikum,

Gifu University
1-1  Yanagido, Gifu City
501-1193,JAPAN

Wakil - wakil setiap pasukan Bola,
Japan.                                                                                                          10hb Oktober 2011

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN KE PESTA BOLA SEPAK GIFU 2011
Merujuk perkara di atas, saya mewakili Kelab UMNO Tokai ( KUT ) 2011 sukacita memaklumkan anda dijemput untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak Tahunan Gifu anjuran Kelab UMNO Tokai yang akan diadakan.

2.         Butiran-butiran adalah seperti berikut :
           
            Tarikh     :        29hb Oktober 2011
            Masa       :       8:00 Pagi  (pendaftaran), 8:30 Pagi (sepak-mula)
            Tempat  :         Padang bola Universiti Gifu
            Bayaran :         19500¥ Satu pasukan (15 pemain, termasuk bento)

3.         Berkenaan dengan Pesta Bola Sepak Gifu 2011, beberapa syarat-syarat dan peraturan telah pun ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab UMNO Tokai 2011. Antaranya ;
1.      Sila tepati masa yang telah ditetapkan seperti butiran di atas.
2.      Perlawanan 9 lawan 9. Simpanan 5 orang.
3.      Sediakan seorang pengadil dan penjaga line (linesman).
4.      Tiada offside.
5.      Pingat kejohanan hanya diberikan kepada tempat pertama hinga ke-4.
6.      Untuk memastikan kelancaran Perlawanan pada hari tersebut, sukanya saya mengigatkan supaya bermainlah dengan berhemah dan menghormati pemain lain.
7.      Jika berlakunya pergaduhan maka, secara automatiknya akan disingkirkan tanpa tolak ansur.
8.      Anda diwajibkan membayar semua tempahan bento yang dibuat selepas 19hb Oktober 2011.
9.      Anda akan disingkirkan jika syarat-syarat diatas tidak dipatuhi.
10.   Sebarang pertambahan bento sila kemukakan sebelum 19hb Oktober 2011.



4.         Sila beri surat balas berkenaan dengan butiran bilangan pemain dan juga penyokong secepat mungkin. Tarikh tutup surat balas adalah selewat-lewatnya pada 23hb October 2011. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya.

5.         Segala butiran telah dilampirkan bersama surat ini dibahagian lampiran.

Sekian untuk makluman saudara/saudari.  Kerjasama Saudara/ Saudari akan dihargai oleh pihak kami.

"Kesukanan Memupuk Silatulrahim”

Yang menjalankan tugas,

Muhammad Syaiful Amri bin Suhaimi

Ahli Jawatankuasa Kelab UMNO Tokai 2011,
syaiful_1076@hotmail.com
080-4214-4149



Butir Perlawanan
Nama-nama pasukan yang akan beraksi di Pesta Bola Gifu 2011:
1.      Gifu
2.      Nagoya
3.      Toyohashi
4.      Fukui
5.      Toyama
6.      Kanazawa
7.      Nagaoka
8.      Okayama
9.      Kansai
10.  Team 4-nen
 Pelawanan dan pembahagian antara pasukan-pasukan bola akan didedahkan pada hari perlawanan iaitu pada 29hb oktober 2011. Segala ketetapan perlawanan akan dilakukan oleh pihak kami dengan telus dan adil.
 Harap semua pasukan dapat memberi kerjasama dengan segala yang ditetapkan oleh pihak kami.

Harap diambil perhatian oleh manager dan semua player Toyama.
Sekian