Wednesday, April 14, 2010

歓迎会2010!!!!

Persatuan Pelajar Malaysia Nagaoka (MADINA)

Nagaoka Universiti of Technology

Nagaoka

Wakil Pelajar Universiti

MSAJ Kawasan Hokuriku 14 APRIL 2010

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN KE MAJLIS “HOKURIKU KANGEIKAI 2010”

Merujuk perkara di atas, kami Persatuan Pelajar Malaysia di Nagaoka University of Technology dengan ini berbesar hati untuk menjemput saudara-saudari sekalian ke majlis Hokuriku Kangeikai 2010 yang dijadualkan berlangsung di university kami.

2. Berikut adalah butir-butir mengenai majlis :

Tarikh : 24 April 2010

Tempat : International Student House, Nagaoka University of Technology

Masa : 10 pagi – 4 petang

Yuran : 500 Yen

3. Penyertaan adalah DIWAJIBKAN untuk pelajar “Daigaku” dan juga “Kousen” yang baru sahaja mendaftar masuk ke institusi masing-masing pada tahun 2010. Ini kerana, pendaftaran untuk Persatuan Pelajar Malaysia Di Jepun (MSAJ) akan turut diadakan disamping majlis kangeikai. Sila hubungi kami untuk bilangan pelajar yang akan hadir sebelum Ahad (18 April 2010).

4. Aktiviti Riadah dan Sukan ( Volleyball bagi lelaki dan Badminton bagi perempuan) akan turut diadakan. Oleh itu, diharap peserta majlis akan membawa pakaian sukan yang sesuai dan juga peralatan sukan (raket) masing-masing.

5. Pembabitan saudara-saudari amat penting untuk memastikan ikatan ukhwah di antara pelajar-pelajar Malaysia kawasan Hokuriku ini akan lebih erat lagi di samping kita meraikan kedatangan ahli baru yang akan meneruskan pengajian di Jepun ini.

6. Sekiranya ada sebarang masalah boleh diajukan kepada pihak kami. Semoga majlis ini akan berjaya dan meriah dengan kehadiran saudara dan saudari sekalian.

Sekian, Terima Kasih

Yang Menjalankan Tugas,

(ZA’IM IMRAN BIN MESKAM)

Setiausaha 1,

Persatuan Pelajar Malaysia Nagaoka(MADINA)

H/P : 090-6627-2988



5 comments:

Anonymous said...

volley ka...anta umah putih je..

bukan zamir said...

rumah putih klh ngn rumah hijau der..

Anonymous said...

anta shacho bleh la mng der..

Anonymous said...

anta akmal.. kompem mng jerit

Anonymous said...

nice tektik..bdmnton menang volley pun menang