Saturday, February 6, 2010

LAPORAN AKTIVITI SMAT 09/10

April

· 花見

Berlangsung pada 11 April di 呉羽山. Melihat 花見 sambil menikmati juadah yang disediakan. Terdapat mini game bagi menghangatkan aktiviti.

· Festival Tulip

Berlansung pada 18 April di Tonami.

· 歓迎会パーティ (北陸)

Berlansung pada 25 April di 福井大学. Aktiviti ini berujuan memperkenalkan kohai-kohai yang baru datang serta pendaftaran keahlian MSAJ mereka. Terdapat juadah pada sebelah tengah hari. Pada sebelah petang pula diadakan pertandingan futsal.

Mei

· KUJ Futsal

Berlansung pada 2 Mei di 八王子富士森公園クーバー・フットボールパーク‎.

Pasukan toyama telah menghantar pasukan bagi menyertai pertandingan ini. Pasukan toyama telah mendapat tempat ke-3.

· イチゴ狩り

Berlangsung pada 30 Mei di 立野原.

Julai

· 北陸大会

Berlangsung pada 4 Julai di 空港スポーツ緑地 bagi pertandingan bola sepak dan 富大体育館3bagi pertandingan badminton. Dalam pertandingan tersebut, pasukan bola sepak Toyama hanya mendapat saguhati, namun pasukan badminton Toyama telah menjuarai pertandingan.

· BBQ dan Sukaneka

Berlangsung pada 11 dan 12 Julai di 氷見. Pada malam 11 Julai diadakan BBQ. Keesokan harinya diadakan sukaneka. Warga Toyama dibahagikan kepada 4 rumah, iaitu rumah biru, merah, putih dan hijau. Sukaneka tersebut dimenagi oleh rumah merah.

Oktober

· Sambutan Aidil Fitri

Berlangsung pada 3 Oktober di Gofuku Mosque. Majlis Aidil Fitri dilewatkan kerana kebanyakan warga toyama pulang ke tanah air. Warga Toyama disajikan dengan juadah hari raya. Pada sebelah petang, warga Toyama berpindah ke 呉羽山 bagi sesi fotografi.

· 岐阜大会

Berlangsung pada 17 Oktober di 岐阜大学. Pada pertandingan ini, pasukan Toyama tidak dapat mempertahankan kejuaraan pada tahun lepas. Pasukan Toyama hanya mendapat tempat 4.

· 紅葉

Berlangsung pada 24 Oktober di 太閤山ランド.

November

· 国際交流会 (CIC)

Berlangsung pada 7 dan 8 November di Bangunan CIC. Warga Malaysia Toyama membuka gerai menjual juadah Malaysia. Antara juadah yang dijual ialah roti john, roti jala, cekodok pisang dan laksa. Wakil Malaysia turut membuat persembahan. Mereka mempersembahkan tarian Crazy Frog dan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

· IPIJ Champions League dan MSAJ ボーリング大会.

Berlansung pada 22 November di 五福公園陸上. Pertandingan bola sepak ini dianjurkan oleh IPIJ dan disertai oleh juara-juara pertangan bola sepak seluruh Jepun. Toyama dijemput kerana menjadi tuan rumah. Nasib menyebelahi pasukan Toyama kerana telah menjuarai pertandingan ini. Dalam masa yang sama berlansung MSAJ ボーリング大会 di 東京. Pasukan toyama juga menjuarai pertandingan tersebut.

· バレーボール大会

Berlangsung pada 3 November di 体育館文化センター. Pertandingan ini diadakan antara warga toyama. Warga toyama dibahagikan kepada rumah-rumah seperti sukaneka sebelum ini. Rumah putih telah menjuarai pertandingan ini.

· Sambutan Aidil Adha

Berlangsung pada 28 November di 富山大学留学生会館. Sambutan Aidil Adha dilewatkan beberapa hari kerana warga Toyama mempunyai kelas. Namum pada pagi 10 Zulhijjah tetap diadakan sembahyang sunat Aidil Adha. Majlis dimulakan dengan juadah yang telah disediakan. Sesudah itu diadakan sembahyang magrib jemaah berserta sedikit tazkirah oleh saudara Fakrul.

Disember

· バドミントン大会

Berlangsung pada 5 Disember di 山梨. Toyama telah menghantar pasukan bagi meyertai pertandingan. Pasukan lelaki telah mendapat tempat ke-4 manakala pasukan wanita telah menjuarai pertandingan ini.

· Mesyuarat Agung PKPMJ Hokuriku 2009

Berlangsung pada 12 Disember di 新潟. Mesyuarat diadakan bagi melantik ahli lembaga yang baru bagi sesi tahun berikutnya. Sesudah itu, pada bahagian malam diadakan pertandingan bowling.

· 学長パーティ

Berlangsung pada 15 Disember di 富山名鉄ホテル. Merupakan acara makan malam tahunan bagi pelajar-pelajar antarabangsa di Universiti Toyama. Wakil pelajar Malaysia membuat persembahan tarian twist.

Januari

· 送別会

Berlangsung pada 16 Januari di富山大学留学生会館. Merupakan acara tahunan bagi SMAT. Diadakan bagi meraikan bakal graduan pada tahun ini berserta melantik ahli lembaga SMAT bagi sesi baru. Tema bagi tahun ini ialah malam 70-an.



お疲れ様でした。

No comments: