Friday, October 14, 2011

Gifu Taikai

AsSalamualaikum,

Gifu University
1-1  Yanagido, Gifu City
501-1193,JAPAN

Wakil - wakil setiap pasukan Bola,
Japan.                                                                                                          10hb Oktober 2011

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN KE PESTA BOLA SEPAK GIFU 2011
Merujuk perkara di atas, saya mewakili Kelab UMNO Tokai ( KUT ) 2011 sukacita memaklumkan anda dijemput untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak Tahunan Gifu anjuran Kelab UMNO Tokai yang akan diadakan.

2.         Butiran-butiran adalah seperti berikut :
           
            Tarikh     :        29hb Oktober 2011
            Masa       :       8:00 Pagi  (pendaftaran), 8:30 Pagi (sepak-mula)
            Tempat  :         Padang bola Universiti Gifu
            Bayaran :         19500¥ Satu pasukan (15 pemain, termasuk bento)

3.         Berkenaan dengan Pesta Bola Sepak Gifu 2011, beberapa syarat-syarat dan peraturan telah pun ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab UMNO Tokai 2011. Antaranya ;
1.      Sila tepati masa yang telah ditetapkan seperti butiran di atas.
2.      Perlawanan 9 lawan 9. Simpanan 5 orang.
3.      Sediakan seorang pengadil dan penjaga line (linesman).
4.      Tiada offside.
5.      Pingat kejohanan hanya diberikan kepada tempat pertama hinga ke-4.
6.      Untuk memastikan kelancaran Perlawanan pada hari tersebut, sukanya saya mengigatkan supaya bermainlah dengan berhemah dan menghormati pemain lain.
7.      Jika berlakunya pergaduhan maka, secara automatiknya akan disingkirkan tanpa tolak ansur.
8.      Anda diwajibkan membayar semua tempahan bento yang dibuat selepas 19hb Oktober 2011.
9.      Anda akan disingkirkan jika syarat-syarat diatas tidak dipatuhi.
10.   Sebarang pertambahan bento sila kemukakan sebelum 19hb Oktober 2011.



4.         Sila beri surat balas berkenaan dengan butiran bilangan pemain dan juga penyokong secepat mungkin. Tarikh tutup surat balas adalah selewat-lewatnya pada 23hb October 2011. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya.

5.         Segala butiran telah dilampirkan bersama surat ini dibahagian lampiran.

Sekian untuk makluman saudara/saudari.  Kerjasama Saudara/ Saudari akan dihargai oleh pihak kami.

"Kesukanan Memupuk Silatulrahim”

Yang menjalankan tugas,

Muhammad Syaiful Amri bin Suhaimi

Ahli Jawatankuasa Kelab UMNO Tokai 2011,
syaiful_1076@hotmail.com
080-4214-4149



Butir Perlawanan
Nama-nama pasukan yang akan beraksi di Pesta Bola Gifu 2011:
1.      Gifu
2.      Nagoya
3.      Toyohashi
4.      Fukui
5.      Toyama
6.      Kanazawa
7.      Nagaoka
8.      Okayama
9.      Kansai
10.  Team 4-nen
 Pelawanan dan pembahagian antara pasukan-pasukan bola akan didedahkan pada hari perlawanan iaitu pada 29hb oktober 2011. Segala ketetapan perlawanan akan dilakukan oleh pihak kami dengan telus dan adil.
 Harap semua pasukan dapat memberi kerjasama dengan segala yang ditetapkan oleh pihak kami.

Harap diambil perhatian oleh manager dan semua player Toyama.
Sekian