Sunday, April 19, 2009

歓迎会北陸2009

お疲れ様です.

kangeikai hokuriku 2009 tahun ini akan dijalankn di fukui dai(25hb4 jam 9)
pertandingan futsal juga diadakan pada sebelah petang..
segala butiran dan aturcara disertakan dibawah..
minta kerjasama smua untuk meluangkan masa pada hari berkenaan..
sape2 yg mmg dah sgt sgt2 xdapat pegi sila mklumkn pada azhar@afiq untuk susunan kereta..
4649..
bersama kita suka,bersama kita duka..haha..sekian.tq.

Jemputan Ke Majlis Sambutan Pelajar Baru(Hokuriku)2009

Merujuk kepada perkara di atas,kami selaku tuan rumah Majlis Sambutan Pelajar Baru(Hokuriku)2009 atau 歓迎会 dengan segala hormat menjemput pelajar-pelajar baru dari setiap universiti ke majlis ini yang akan diadakan pada hari Sabtu, 25 April 2009 bagi tujuan di atas.

1. Aturcara majlis adalah seperti berikut:

Tarikh/Hari :25 April 2009 (Sabtu)
Tempat : 福井大学会館
9.00-10.00 am : Ketibaan para pelajar2 dari setiap Universiti
10.00-12.00 am : Majlis dimulakan
i)Bacaan doa
ii)Ucapan dari wakil tuan rumah
iii)Ucapan dari Presiden PKPMJ Hokuriku 2008
iv)Sesi pengenalan AJK PKPMJ Hokuriku 2008
v) Sesi pengenalan pelajar-pelajar baru
12.00- 1.00 pm : Jamuan, Solat.
1.00-2.00 pm : Bergerak ke tempat futsal.
2.00 pm : Perlawanan Futsal Persahabatan Hokuriku 2009
5.00pm :Majlis bersurai
1. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak saudara/saudari dapat menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Diharap dengan majlis ini ikatan silaturahim antara pelajar-pelajar dapat dieratkan lagi. Kerjasama dari pihak saudara/saudari amat kami hargai.

Sekian,terima kasih,

Yang menjalankan tugas,


(MUHAMMAD AMIRUL BIN REDZUAN)
Pengerusi Persatuan Pelajar Malaysia, Universiti Fukui.
090-9442-2602

Saturday, April 11, 2009

sakura mekar lagi~


first aktiviti smat tahun ini..hanami kai~
date:11hb 4 2009
venue:kureha yama
main dish:nasi ayam,fruit salad,chai,bandung,dll
aktiviti:mkn2,aktiviti2 sesama taulan,posing2 bersama sakura-chan

sakura mekar lagi..
mekarnya hanya seketika..
bahagianya masih di pohon..
jatuhnye dipandang hanagomi..haha..

minna tanoshimini~